Harini nak share resepi Churros.. Dah banyak kali buat tapi mcm tak jadi. Finally buat churros menjadi hritu buat mase cuti awal muharram hehehehe
Let's start!
Ingredients For Choux
Masak sampai mendidih:
100g marjerin
250ml air
Alihkan dari api, tambah:
125g tepung gandum
Gaulkan sebati and biarkan sekejap utk turunkan suhu
Dah suam2 sikit boleh masukkan 3 biji telur (gred A)
Gaul sampai sebati! Masuk dlm piping bag bersama nozzle
Lepastu boleh panaskan minyak n proceed goreng2 huhuhu
Lepas dah siap goreng korang boleh pilih nak campak dalam gula n cinnamon or salut chocolate cair!
Kalau nak dgn gula n cinnamon lepas goreng terus campak ye kawan2 dlm gula supaya melekat.
Kalau nak dgn chocolate cair:
1/2 cawan krim
!/2 cawan milk chocolate bar
Panaskan krim sampai cair n alihkan dri api. Lepastu masuk chocolate bar.
DONE!
Thank You And Selamat Mencuba!